Kronologi Kes Faisal Halim Disimbah Asid

Photo of author

By Admin

Kronologi kes Faisal Halim disimbah asid oleh orang tidak dikenali

Pemain sayap Harimau Malaya, Mohamad Faisal Abdul Halim yang disimbah asid oleh orang tidak dikenali, mengejutkan orang ramai.

Susulan tragedi yang berlaku Ahad, Faisal yang jugah dikenali sebagai Mickey disahkan mengalami kelecuran tahap keempat. Malah lebih menyedihkan, bapa kepada seorang cahaya mata itu kini mengalami kesukaran untuk bergerak dan bertutur.

lnsiden buruk ini adalah yang kedua menimpa pemain negara selepas pemain pinjaman Terengganu FC, Muhammad Akhyar Abdul Rashid apabila cedera pada kepala dan kaki selepas diserang dua penyamun di kawasan kediamannya di Kuala Terengganu, Khamis lalu.

fh2
Kronologi kes Faisal Halim disimbah asid

Klik Sini Untuk Join Platform Rasmi Kami Untuk Info Bantuan & Kerjaya Dalam Sektor Kerajaan

Kronologi Kes Faisal Halim dan info penting kejadian

1. Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya sebelum itu menerima panggilan kira-kira jam 5.51 petang berhubung kejadian berkenaan.

2-Panggilan dibuat oleh orang awam memaklumkan Faisal Halim mengalami kecederaan akibat disimbah cecair dipercayai asid.

3-Ketika itu Faisal atau mesra dipangggil Mickey berada di sebuah pusat membeli-belah di Petaling Jaya.

4-Difahamkan kejadian berlaku ketika pemain itu dihampiri dua individu tidak dikenali bermotosikal sebelum bertindak menyimbah asid kepadanya.

fh3

5-Hussein memaklumkan siasatan lanjut berkaitan kejadian dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

6-Sementara itu, menerusi laporan Stadium Arena, semakan terhadap nombor pendaftaran kenderaan yang digunakan penyerang adalah palsu dan dipercayai motosikal curi.

7-Dalam pada itu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Pengerusi Selangor FC, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah, menyeru Polis Diraja Malaysia (PDRM) meyiasat perkara itu dengan sepenuh perhatian bagi menangkap pelaku berkenaan.

8-Baginda bertitah meluahkan kebimbangan terhadap insiden berunsur keganasan melibatkan nyawa dan menyeru pihak yang mempunyai maklumat jelas tentang perkara itu tampil untuk memberikan laporan dan kerjasama kepada PDRM.

9-Sementara itu, Pemangku Sultan Johor dan Tunku Mahkota Johor, yang juga pemilik kelab Johor Darul Takzim (JDT), turut mengutuk insiden tidak bermoral berlaku kepada Faisal Halim dan Akhyar Rashid.

Anda mungkin berminat: Bantuan MyKasih RM100 Bulan Mei 2024

10-Tunku Ismail atau TMJ mengecam sekeras-kerasnya kejadian yang menimpa kedua-dua pemain bola sepak kebangsaan itu dan meminta pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan sewajarnya.

11-Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh di media sosialnya mengecam sekeras-kerasnya keganasan terhadap atlet. Kata Hannah, ‘no violence in sports‘ dan meminta PDRM untuk segera mengambil tindakan terhadap pelaku.

12-PDRM menerusi Sumber Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman berkata kejadian yang berlaku ke atas dua pemain kebangsaan dipercayai tiada hubung kait.

13-Bagaimanapun, kenyataan kedua-dua mangsa amat diperlukan dan penting bagi membantu siasatan. Buat masa ini, ia lebih tertumpu kepada mencari motif dan pelaku kes berkenaan.

Warga maya meluahkan kebimbangan terhadap perkembangan itu dan berharap jenayah dapat dikekang segera.

Ramai yang mendoakan agar pemain berusia 26 tahun itu sembuh segera di samping mencadangkan laman ‘troll’ bolasepak perlu dibenam segera.

“Semoga cepat sembuh. Haramkan yang melakukan perbuatan tersebut masuk dalam stadium di seluruh negara. Moga pihak berkuasa ambil tindakan tegas terhadap pelaku tersebut,” ujar Hasan Bin Isa Jorona.

“ALLAH masih sayang. Kalau kena dekat mata berkuburlah karier Faisal Halim. Semoga pelaku ditangkap dan diheret ke muka pengadilan,” komen Razid Rohani.

“Page troll bola sepak perlu dibenam segera. Posting mereka sentiasa menyemai kebencian dan menjadi punca pergaduhan sesama penyokong.. PDRM sila pantau & ambil tindakan,” kata Mohd Farhan Ahmad.

“Melecur tahap dua boleh meninggalkan parut. Malah untuk sembuh perlu mengambil masa kira-kira tiga minggu. Terlepaslah perlawanan Piala Sumbangsih. Moga PDRM menyiasat kes ini sewajarnya,” titip Ahmad Shukri.

Muhammad Akhyar dikatakan dipukul menggunakan senjata tumpul di bahagian kepalanya sehingga menyebabkan pemain berkenaan mengalami kecederaan.

Sama-sama kita doakan agar Faisal dan Akhyar segera pulih!

Kredit: Mingguankerja, Sinarplus

Leave a Comment