Gaji Mei 2024: Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam Bulan Mei

Photo of author

By Admin

Gaji Mei 2024: Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam

Kepada Penjawat awam yang menunggu gaji Mei 2024, mereka bakal menerima gaji mereka pada tarikh yang ditetapkan. Tarikh pembayaran gaji tersebut telah dikeluarkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).

Berikut kami kongsikan beberapa info tarikh gaji penjawat awam untuk bulan Mei 2024. Share artikel ini jika anda rasa bermanfaat.

Klik Sini Untuk Join Platform Rasmi Kami Untuk Info Bantuan & Kerjaya Dalam Sektor Kerajaan

Mengenai e-Penyata Gaji

Penjawat awam yang ingin mendapatkan penyata gaji mereka boleh mendapatkannya melalui sistem e-Penyata Gaji.

Sistem ini digunakan secara rasmi oleh penjawat awam mulai bulan Oktober tahun 2010 selaras dengan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bilangan 2 Tahun 2010 ketika itu.

Sistem ini hanya menyimpan Penyata Gaji dan Penyata Pendapatan Tahunan penjawat awam Persekutuan untuk tempoh berikut sahaja:

  1. 18 bulan terkini bagi Penyata Gaji Bulanan; dan
  2. 7 tahun terkini bagi Penyata Pendapatan Tahunan.

Anda mungkin berminat: Kenaikkan Gaji Penjawat Awam 2024 Sebanyak 15% Mula 1 Disember

Tarikh Bayaran Gaji Mei 2024

Untuk jadual tarikh bayaran gaji bagi penjawat awam untuk tahun 2024, berikut dikongsikan jadual bayaran gaji tersebut.

Untuk bayaran gaji Mei 2024, tarikh bayaran gaji adalah pada 24 Mei 2024 iaitu pada hari Jumaat.

Bulan

Tarikh Hari Catatan

Januari

24.01.2024 Rabu Hari Thaipusam

25 Januari 2024 (Khamis)

Februari

23.02.2024 Jumaat

Tahun Baru Cina

10&11 Februari 2024

(Sabtu&Ahad)

Mac

25.03.2024 Isnin
April 25.04.2024 Khamis

Hari Raya Puasa

10&11 April 2024

(Rabu & Khamis)

Mei

24.05.2024 Jumaat

Hari Pesta Kaamatan

30&31 Mei 2024

(Khamis & Jumaat)

Jun

13.06.2024 Khamis

Hari Gawai

1&2 Jun 2024

(Sabtu & Ahad)

Hari Raya Haji

17 & 18 Jun 2024

(Isnin & Selasa)

Julai

19.07.2024 Jumaat

Ogos

23.08.2024

Jumaat

September 25.09.2024

Rabu

Oktober 24.10.2024

Khamis

Hari Deepavali

31 Oktober 2024

(Khamis)

November

25.11.2024

Isnin

Disember 19.12.2024 Khamis

Hari Krismas

25 Disember 2024

(Rabu)

photo 2024 04 19 21 15 21

Sumber : Surat Pekeliling Jabatan Akauntan Negara Malaysia

Download PDF : SPANM_Tarikh_dan_Peraturan_Pembayaran_Emolumen_Tahun_2024

Baca Juga: Bantuan Kewangan RM700 Untuk B40. Semak Kelayakan Anda Sekarang

Kenaikan Gaji Penjawat Awam 15% Mulai Disember 2024

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan sebelum ini penjawat awam yang bakal menikmati kenaikan gaji sebanyak 15 peratus mulai 1 Disember 2024.

Menurut beliau, peningkatan gaji ini adalah kadar tertinggi dalam sejarah perkhidmatan awam negara.
Sebelum ini, kadar paling tinggi kenaikan gaji ini adalah pada kadar 13 peratus.

Kenaikan gaji ini akan membabitkan peruntukan mencecah lebih RM10 bilion.

Leave a Comment