Tol Percuma 2 Hari Sempena Sambutan Tahun Baru Cina 2024

Photo of author

By Admin

Tol Percuma-Berita baik untuk rakyat Malaysia! Kementerian Kerja Raya telah mengumumkan tol percuma untuk semua jenis kenderaan sempena perayaan Tahun Baru Cina 2024!

Inisiatif ini dilaksanakan bagi meraikan kesemua rakyat Malaysia meliputi semua kelas kenderaan dan khususnya mereka yang menyambut perayaan Tahun Baru Cina.

Pengguna lebuh raya membabitkan Kenderaan Kelas 1 (Kenderaan Persendirian) akan menikmati pengecualian bayaran tol selama dua hari pada esok, 8 Februari dan Jumaat, 9 Februari, bersempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Berikut kami kongsikan beberapa info penting berkaitan dengan panduan dan info penting berkaitan dengan tempoh tol percuma. Semoga bermanfaat.

Join Platform kami untuk info bantuan semasa! 👉KLIK SINI👈

Tol Percuma 2 Hari Sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2024

• Pada 8 FEBRUARI 2024 (KHAMIS), 12.01 pagi hingga 11.59 malam, dan
• Pada 9 FEBRUARI 2024 (JUMAAT), 12.01 pagi hingga 11.59 malam
• Untuk SEMUA jenis kelas kenderaan
• Di semua plaza tol KECUALI di plaza tol di sempadan negara iaitu Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Johor.

Tol Percuma

Tengah Trending 📈

Cadangan Waktu Perjalanan

Anda dinasihatkan mematuhi cadangan waktu perjalanan atau Travel Time Advisory (TTA).

Untuk pelanggan yang memilih untuk menggunakan kad Touch ‘n Go, anda diingatkan untuk menyentuh kad Touch ‘n Go di lorong tol, namun tiada bayaran tol akan dikenakan atau ditolak daripada baki kad tersebut.

Sekiranya anda menggunakan RFID, pastikan masuk dan keluar dari lebuh raya menggunakan lorong RFID seperti biasa, namun tiada bayaran tol dikenakan atau ditolak daripada baki eWallet.

PLUS memperkenalkan pendekatan terbaharu secara digital melalui Program Rintis My-TTA yang menggunakan Aplikasi PLUS bagi membantu orang ramai merancang perjalanan sempena perayaan dalam masa terdekat.

Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) dikeluarkan berdasarkan data trafik sebagai panduan serta membantu pengguna lebuh raya menikmati pengalaman perjalanan yang lebih terurus dalam tempoh perayaan akan datang.

Panduan Menikmati Tol Percuma 2 Hari Di Lebuhraya PLUS

PLUS dalam sebuah kenyataan sebelum ini telah menjelaskan dengan lebih lanjut bagaimana pemberian tol percuma tersebut dilaksanakan di rangkaian lebuhrayanya :

1. Di lebuhraya yang menggunakan sistem Tol Tertutup (lazimnya bagi lebuhraya antara bandar), Tol percuma dinikmati ketika pengguna melalui plaza tol keluar sepanjang tempoh yang ditetapkan.

2. Bagi membolehkan PLUS merekodkan data trafik, pengguna yang memilih untuk menggunakan kad Touch ‘n Go, mereka masih perlu menyentuh kad Touch ‘n Go mereka di lorong tol di plaza tol. Namun begitu, tiada bayaran tol akan dikenakan atau ditolak daripada kad Touch ‘n Go tersebut.

3. Sementara itu, pengguna yang memilih untuk menggunakan RFID juga perlu memastikan mereka masuk dan keluar dari lebuhraya menggunakan lorong RFID sahaja. Sepertimana kad Touch ‘n Go dan SmartTAG, tiada bayaran tol dikenakan atau ditolak daripada eWallet mereka.

4. Bagi pengguna kad Touch ‘n Go, mereka dinasihatkan supaya memeriksa status kad Touch ‘n Go sebelum perjalanan mereka dengan Touch ‘n Go Sdn Bhd di https://tngportal.touchngo.com.my/

Ini adalah bagi mengelakkan mereka terkandas di lorong tol yang mengakibatkan kesesakan jika menggunakan kad Touch ‘n Go yang tidak aktif dan telah dinyahaktif.

Mereka boleh membuat pertukaran kad baru dengan pihak Touch ‘n Go atau wakilnya yang sah.
Pelanggan lebuhraya juga disaran supaya memuat turun Aplikasi PLUS untuk meninjau keadaan trafik terkini di lebuhraya menerusi paparan CCTV yang disediakan.

Selain itu, mereka juga digalakkan supaya menggunakan GoogleMap untuk merancang perjalanan mereka sepanjang musim perayaan ini.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk sebarang pertanyaan dan info lanjut berkaitan dengan tol percuma dari Kementerian Kerja Raya sempena dengan perayaan Tahun Baru Cina 2024, sila rujuk laman rasmi PLUS Malaysia dan kenyataan media, klik sini.

Pеnаfіаn

Kаmі bukаnlаh wаkіl mаnа-mаnа аgеnѕі kеrаjааn. Inі mеruраkаn mаklumаt уаng kаmі реrоlеhі dаrіраdа wеbѕіtе rаѕmі kеrаjааn. Mоhоn rujuk раutаn аѕаl untuk mаklumаt lаnjut уаng lеbіh lеngkар.

Mаklumаt уаng kаmі ѕаmраіkаn bеrdаѕаrkаn іnfо ѕеmаѕа аtаu bаntuаn tаhunаn bеrulаng.

Infо lаnjut аkаn dіkеmаѕkіnі dаrі ѕеmаѕа kе ѕеmаѕа. Kаmі ѕаrаnkаn аndа untuk mеngіkutі kаmі dі Chаnnеl Tеlеgrаm untuk lеbіh іnfо bеrkаіtаn bаntuаn kеrаjааn dаn kеrjауа.

Kredit : BHarian, eCentral, PLUSMalaysia

Leave a Comment