Bantuan Skim Dana Ehsan Pendidikan: Syarat Kelayakan & Cara Mohon

Photo of author

By Admin

Bantuan Skim Dana Ehsan Pendidikan : Syarat Kelayakan & Cara Mohon

Sebuah inisiatif dari kerajaan yang bertujuan untuk membantu pelajar Bumiputera yang mengalami kesulitan kewangan ketika mengejar pendidikan di institusi pengajian tinggi.

Bantuan Kewangan Skim Dana Ehsan Pendidikan untuk golong yang memerlukan. Ketahui info penting, cara mohon dan maklumat lanjut bantuan disini.

Klik Sini Untuk Join Platform Rasmi Kami Untuk Info Bantuan & Kerjaya Dalam Sektor Kerajaan

Bantuan Skim Dana Ehsan Pendidikan

Program ini disediakan sebagai bantuan kewangan one-off untuk sekiannya meringankan beban kewangan yang dihadapi oleh pelajar yang tergolong dalam keluarga berpendapatan rendah.

Skim Dana Ehsan Pendidikan (SDEP) diwujudkan bagi menyediakan bantuan kewangan secara one-off bagi meringankan beban pelajar yang mengalami masalah kewangan semasa mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi.

Perlaksanaan SDEP yang diberi sekali dalam tempoh pengajian sebagai salah satu langkah untuk membela nasib pelajar dari keluarga berpendapatan rendah agar mereka dapat meneruskan pengajian tanpa sebarang kesulitan disamping memberi dorongan memperoleh keputusan akademik yang cemerlang dan tamat pengajian.

sdep 2

Baca Juga: Gaji Mei 2024: Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam Bulan Mei

Misi Bantuan Skim Dana Ehsan Pendidikan

  • Menyediakan bantuan kewangan bagi membantu pelajar Bumiputera yang menghadapi masalah meneruskan pengajian.
  • Memastikan pembiayaan disalurkan kepada kumpulan sasar yang dikenalpasti.
  • Menerapkan nilai menghargai dan menghormati pemberian dan sumbangan.

Objektif Bantuan Skim Dana Ehsan Pendidikan

  • Membantu meringankan beban pelajar yang mempunyai masalah yuran tertunggak.
  • Membantu pelajar yang tidak mendapat biasiswa atau pinjaman.
  • Membantu pelajar yang teraniaya atau tertipu oleh institusi pengajian.
  • Menyediakan sara hidup bagi pelajar yang memerlukan.
  • Memastikan sistem penyampaian pembiayaan yang efisien, cepat, tepat dan betul.

Syarat Kelayakan Memohon

Berikut adalah syarat kelayakan memohon bantuan kewangan Skim Dana Ehsan Pendidikan:

  • Bumiputera warganegara Malaysia.
  • Pendapatan keluarga tidak melebihi RM 3,000.00 sebulan.
  • Mendapat tawaran atau telah mendaftar atau sedang mengikuti pengajian di institusi yang diiktiraf.

Faedah Bantuan Skim Dana Ehsan Pendidikan

  • Penyelesaian yuran tertunggak.
  • Mengelakkan “dropouts” dikalangan pelajar IPT.
  • Meringankan beban kos pengajian.
  • Untuk penyumbang dapat tolakan cukai pendapatan;
  • Mempromosi syarikat penyumbang.

Baca Juga: Kenaikkan Gaji Penjawat Awam 2024 Sebanyak 15% Mula 1 Disember

Permohonan Bantuan Skim Dana Ehsan Pendidikan

Segala kelulusan tertakluk kepada keputusan Pengurusan YPM dan dana sedia ada.

[MUAT TURUN BORANG]

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Sebarang pertanyaan dan kemusykilan, sila majukan ke :

Seksyen Bantuan Persekolahan
Yayasan Pelajaran MARA,
Tingkat 18 Menara MARA,
No 232, Jalan Tuanku Abdul Rahman,
50100 Kuala Lumpur.
No. Tel : 603-26927273 #sbp

Leave a Comment