Kenaikkan Gaji Penjawat Awam Diumumkan Sebelum Belanjawan 2025

Photo of author

By Admin

Kenaikkan Gaji Penjawat Awam Diumumkan Sebelum Belanjawan 2025

Kerajaan umum gaji baharu penjawat awam pada belanjawan 2025 nanti. Ia adalah merupakan sebuah berita yang ditunggu-tunggu oleh rakyat khsususnya mereka dari golongan penjawat awam. Seperti yang dijanjikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim tekad untuk menaikkan gaji penjawat awam selepas lebih 10 tahun tiada kenaikan gaji baharu penjawat awam.

Sebelum ini, kerajaan telah membuat perbincangan bersama pelbagai pihak untuk memuktamadkan proses kenaikan gaji baharu penjawat awam. Menurutnya, kajian berkenaan disiapkan dalam tempoh 2 bulan.

“Sebab itu saya semalam di parlimen apabila ditegur saya tegaskan saya tidak bertolak ansur kerana tanggungjawab kita untuk memberikan apa yang mampu dan munasabah kepada penjawat awam dan Insya-Allah saya akan umumkan sebelum bajet atau belanjawan tahun ini,” katanya.

Anwar berkata demikian di dalam ucapannya pada majlis Apresiasi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2023 Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.

2704143

Klik Sini Untuk Join Platform Rasmi Kami Untuk Info Bantuan & Kerjaya Dalam Sektor Kerajaan

Kenaikkan Gaji Penjawat Awam

Perincian berhubung kenaikan gaji penjawat awam akan diumumkan sebelum pembentangan Belanjawan 2025 pada Oktober ini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, perkara itu penting kerana sudah terlalu lama penjawat awam tidak menikmati kenaikan gaji yang setaraf dengan kerja keras mereka selama ini.

PM kadar kenaikan gaji penjawat awam 960x1212 1
Sumber Infografik: Jabatan Penerangan Malaysia

“Sudah sekian lama tidak ada satu kenaikan yang bermakna (membabitkan) gaji penjawat awam dalam keadaan kita bagi tekanan lebih kuat sekarang, kerja lebih kuat, pemantauan lebih kuat dan penguatkuasa termasuk SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) lebih hebat, terjah ke kawasan dan jabatan.

“Sebab itu, saya di Parlimen semalam, apabila ditegur, saya tegaskan saya tidak bertolak ansur kerana tanggungjawab kita untuk memberikan apa yang mampu dan munasabah kepada penjawat awam dan insya-Allah saya akan umumkan sebelum bajet atau belanjawan tahun ini,” katanya berucap pada Majlis Apresiasi 2024 Jabatan Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.

Artikel Berkaitan: 

Perdana Menteri ketika menyampaikan amanat sempena Sambutan Hari Pekerja pada 1 Mei lalu, mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam lebih 13 peratus bermula 1 Disember depan.

Kenaikan lebih 13 peratus adalah yang tertinggi pernah diumumkan kerajaan sebelum ini.
Malah, Perdana Menteri memberi jaminan kenaikan gaji penjawat awam seperti diumumkannya, akan diluluskan di Parlimen dengan bergaya pada pembentangan Belanjawan 2025 Oktober ini.

Perdana Menteri berkata, semua parti komponen dalam Kerajaan MADANI termasuk Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor memberi sokongan penuh terhadap kenaikan terbabit supaya ia dapat dilaksanakan pada 1 Disember ini.

Pengumuman Kenaikkan Gaji Penjawat Awam

image 113 725x1024 1

Kerajaan umum gaji baharu penjawat awam pada belanjawan 2025 bulan oktober nanti. Ia adalah merupakan sebuah berita yang ditunggu-tunggu oleh rakyat khsususnya mereka dari golongan penjawat awam.

Seperti yang dijanjikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim tekad untuk menaikkan gaji penjawat awam selepas lebih 10 tahun tiada kenaikan gaji baharu penjawat awam.

Sebelum ini, kerajaan telah membuat perbincangan bersama pelbagai pihak untuk memuktamadkan proses kenaikan gaji baharu penjawat awam. Menurutnya, kajian berkenaan disiapkan dalam tempoh 2 bulan.

Klik Sini Untuk Join Platform Rasmi Kami Untuk Info Bantuan & Kerjaya Dalam Sektor Kerajaan

Kenaikkan Gaji Penjawat Awam-Bilakah Pembentangan Bajet 2025?

Untuk masa ini, pembentangan bajet 2025 masih belum diumumkan tarikh rasminya. Namun dijangkakan ia diadakan di penghujung bulan 2024. Pembentangan bajet 2024 sebelum ini adalah pada bulan Oktober 2023 yang menyaksikan kerajaan akan membawa pembaharuan dari segi pengurusan penjawat awam, persaraan dan lain-lain.

Leave a Comment